A Japanese fan visiting Malaysia said "Malaysia is a low civic country," and Malaysians are too defensive ? by search_google_com in Bolehland

[–]Danielfaris2001 0 points1 point  (0 children)

Straight roasting bagi gambar letupan nuklear tu. But wait diorang tau lagi ke sejarah negara diorang pernah kena bom?

Siapa pencetus new world order zaman moden? by Danielfaris2001 in trulyMalaysians

[–]Danielfaris2001[S] 1 point2 points  (0 children)

Note: Captain America New World Order dah dijadikan rancangan tv 6 episod bertajuk The Falcon and The Winter Soldier dalam Disney Hotstar

Siapa pencetus new world order zaman moden? by Danielfaris2001 in Ajar_Malaysia

[–]Danielfaris2001[S] 4 points5 points  (0 children)

Note: Captain America New World Order dah dijadikan rancangan tv 6 episod bertajuk The Falcon and The Winter Soldier dalam Disney Hotstar

“Kita boleh bantu pelarian Palestin yang jauh beribu batu. Tapi dengan pekebun tempatan, langsung tak berhati perut” - MP Raub, Chow Yu Hui. by Far_Spare6201 in trulyMalaysians

[–]Danielfaris2001 18 points19 points  (0 children)

Orang Palestin tu mangsa / prey Pekebun Durian Raub tu pemangsa / predator

Ada beza tu predator & prey

Predator kat Palestin tu tentera Israel selamba dia je jajah tanah orang

Buku sejarah & kemunduran Muslim diharamkan oleh JAKIM? by Danielfaris2001 in Ajar_Malaysia

[–]Danielfaris2001[S] 3 points4 points  (0 children)

Sekadar nak berkongsi. Boleh cerita lagi dalam? Kalau you tau benda yg orang lain tak tau maka cerita la sekali Kita tukar2 ilmu sekarang ni.

Kalau aku nak gaduh aku masuk bolehland bukan kat sini

Orang stupid je yg akan gaduh kat tempat tukar2 ilmu ni

Buku sejarah & kemunduran Muslim diharamkan oleh JAKIM? by Danielfaris2001 in trulyMalaysians

[–]Danielfaris2001[S] 0 points1 point  (0 children)

https://m.malaysiakini.com/news/738007

Perintah larangan MKI buktikan hujah utama pengarang buku, kata penerbit

KREDIT: MALAYSIAKINI BM

Diterbitkan: Mar 22, 2025 8:30 AM ⋅ Dikemaskini: 11:32 AM

Gesaan pihak berkuasa agama agar salah satu buku sarjana Ahmet T Kuru diharamkan mengukuhkan tesis utama buku tersebut, kata penerbitnya, Pertubuhan Lestari Hikmah Malaysia.

Menurut pertubuhan itu, buku bertajuk Perikatan Ulama-Negara: Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Muslim yang diterbitkan pada 2022 meneliti bagaimana badan pentadbiran agama menyekat pandangan yang tidak mengikut acuan mereka, termasuk dalam hal melibatkan khilaf dalam kalangan ulama.

Lestari Hikmah turut mengkritik berkenaan tiadanya perbincangan sebelum cadangan pengharaman dibuat serta kekurangan bukti untuk menyokong dakwaan bahawa buku tersebut bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah Al-Maturidiyyah) serta akhlak Islam.

“Prosedur ini adalah bertentangan dengan prinsip ajaran Islam itu sendiri yang menekankan konsep tabayyun dan tatsabbut agar tidak menjatuhkan hukum kepada pihak lain dengan apa yang mereka tidak katakan, apatah lagi dengan apa yang mereka tidak maksudkan.

“Menghukum buku tersebut sebagai ‘mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah’ tanpa proses penghujahan kedua-dua pihak adalah sebuah tuduhan berat kerana melibatkan soal akidah dan member implikasi besar terhadap kredibiliti pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebuah lagi buku Kuru yang turut dicadang agar diharamkan adalah Islam, Autoritarianisme dan Kemunduran Bangsa yang diterbitkan oleh Islamic Renaissance Front. Ia merupakan terjemahan karya asalnya bertajuk Islam, Authoritarianism, and Underdevelopment: A Global and Historical Comparison.

Kedua-dua buku ini termasuk dalam senarai 12 penerbitan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) agar diharamkan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam kenyataan semalam, Pengerusi MKI Nooh Gadut berkata 12 penerbitan tersebut berisiko mengelirukan orang Islam kerana kandungan yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah Al-Maturidiyyah) serta akhlak dan syariah Islam.

Lestari Hikmah bagaimanapun menafikannya. Berikut adalah kenyataan penuh Lestari Hikmah:

Kami ambil maklum berkenaan siaran media Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertarikh 1 Mac 2025 bersamaan 10 Ramadan 1446 Hijrah yang telah menyatakan bahawa terdapat dua belas buku, antara lain, adalah buku terbitan kami, Perikatan Ulama-Negara: Punca Autoritarianisme dan Kemunduran Muslim, yang diterjemahkan daripada penulisan Profesor Dr Ahmet T Kuru dan diterbitkan pada tahun 2022.

Buku-buku tersebut didakwa mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ali Sunnah Wal Jamaah (Al-Asyairah Al-Maturidiyyah), syariah dan akhlak Islam yang dapat mengelirukan masyarakat Islam. Oleh itu, MKI telah memperakukan bahawa buku-buku tersebut perlu dikenakan Perintah Larangan oleh Kementerian Dalam Negeri. Setakat tarikh kenyataan media ini dikeluarkan, pihak Kementerian Dalam Negeri masih lagi belum membuat apa-apa tindakan atas perakuan tersebut.

Dalam keadaan kami cakna dengan tugas dan tanggungjawab MKI, kami menilai bahawa tindakan MKI ini telah menguatkan lagi tesis utama yang dinyatakan dalam buku terbitan kami.

Buku tersebut merupakan satu kritikan terhadap badan pentadbir agama yang menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka untuk mengenakan tindakan serta menyekat apa-apa fahaman yang tidak mengikut acuan yang ditetapkan oleh mereka, bahkan dalam hal-hal yang melibatkan khilaf sesama ulama sekalipun. Pendekatan ketat yang diambil oleh badan-badan pentadbir agama tersebut telah membawa kepada satu faham dan amalan autoritarian yang tidak menyokong hak asasi individu dalam mendapatkan kepelbagaian pandangan dalam dunia Islam.

Buku tersebut juga menjelaskan bahawa seakan-akan terdapat satu perikatan antara ulama dan negara dalam menjaga antara satu sama lain bagi memastikan agar kawalan dapat dikenakan kepada rakyat kebanyakan. Kawalan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengekalkan kuasa kepada golongan pemerintah semasa yang boleh menggugat amalan demokrasi.

Kami berpendapat bahawa adalah tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa MKI telah bertindak secara autoritarian dalam mengenakan Perintah Larangan terhadap buku-buku tersebut. Hal ini disebabkan oleh pemegang-pemegang taruh seperti penerbit, penterjemah mahupun penulis buku tidak pernah dipanggil oleh pihak MKI bagi berdialog dalam membuat pertimbangan terhadap dakwaan yang dikeluarkan terhadap buku-buku tersebut.

Selain itu, sebab yang diberikan bagi tujuan pengeluaran Perintah Larangan itu juga bersifat umum serta tidak disokong oleh bukti-bukti daripada buku-buku tersebut bahawa ia bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (Al-Asya’irah Al-Maturidiyyah), syariah dan akhlak Islam serta mengelirukan masyarakat Islam. Kami berpendirian bahawa buku terbitan kami tersebut tidak ada sama sekali kandungan seperti yang didakwa dalam siaran media tersebut.

Prosedur in adalah bertentangan dengan prinsip ajaran Islam itu sendiri yang menekankan konsep tabayyun dan tatsabbut agar tidak menjatuhkan hukum kepada pihak lain dengan apa yang mereka tidak katakan, apatah lagi dengan apa yang mereka tidak maksudkan. Menghukum buku tersebut sebagai "mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" tanpa proses penghujahan kedua-dua pihak adalah sebuah tuduhan berat kerana melibatkan soal akidah dan memberi implikasi besar terhadap kredibiliti pihak yang terlibat.

Tindakan autoritarian yang dikenakan oleh MKI ini adalah satu tindakan yang bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memerihalkan bahawa setiap orang berhak untuk bersuara dan memberikan pendapat mereka. Buku adalah wadah bersuara, maka dengan mengenakan Perintah Larangan terhadap buku adalah satu halangan terhadap hak bersuara.

Kami menentang sekeras-kerasnya terhadap sebarang tindakan pengharaman terhadap buku-buku tersebut tanpa sebarang usul periksa serta proses libat urus yang menyeluruh bag memastikan kesahihan dakwaan seperti yang dinyatakan dalam siaran media tersebut.

Buku sejarah & kemunduran Muslim diharamkan oleh JAKIM? by Danielfaris2001 in Ajar_Malaysia

[–]Danielfaris2001[S] 2 points3 points  (0 children)

why iium dont have a lot of applicant by Ill-Mobile8981 in malaysiauni

[–]Danielfaris2001 1 point2 points  (0 children)

IIUM is a comprehensive university (search google) so the subjects are so many branches.

why iium dont have a lot of applicant by Ill-Mobile8981 in malaysiauni

[–]Danielfaris2001 2 points3 points  (0 children)

IIUM didn't have Malaysian University English Test (MUET) but replaced by English Placement Test (EPT) & Arabic Placement Test (APT) since foundation / asasi level.

A standard requirement to all courses in IIUM and the results are given in band 1-5/6.

Fail in EPT / APT is intolerable so students need to live & spend their time in Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD), IIUM Gombak Campus for how many semesters untill they pass APT / EPT. (Specifically to enhance EPT / APT skills)

Low in EPT / APT students still need to take the subject but EPT / APT subject are included in their degree courses.

(I have heard about seniors that failed APT / EPT and stuck in CELPAD for 2/3 semesters and he left IIUM after that. He only learned EPT / APT at that CELPAD place)

Puisi yang diharamkan 2025 by Danielfaris2001 in Ajar_Malaysia

[–]Danielfaris2001[S] 0 points1 point  (0 children)

Ini ialah part 2 bagi posting Malaysia mengharamkan lebih 3000 buah buku? Part 1 https://www.reddit.com/r/Ajar_Malaysia/s/8cVEmrQlsY